Tuesday, April 26, 2011

kita sebagai manusia perlu sentiasa menimba ilmu, tak kira dimana berada... di kaki langit, kaki gunung, dilautan luas, hutan belantara.. semuanya perlu belajar... gali ilmu2 baru setiap masa, 

Monday, April 18, 2011

ikan siakap stim


resepi nie sendiri punya maa..... kalau rasa sedop... boleh le cuba...

seekor ikan siakap....

bawang merah, bawang besar & bawang putih & halia (sikit je) ... mayang...
gaul bersama sos tiram, kicap, stok ayam... gula n garam seckup rasa...

bunga kantan... potong halus.... (nie je beza dengan resepi biasa)
kukus le hingga masak...

kalau rasa malas nak masak sayur lain...., tambah bersama bunga kubis... jagung muda, carot dlll yang rasa patut atas ikan tu... bila dah masak.... siap dua menu sekali gus... ikan n sayur... selamat mencuba... jange marah ye kalau tak sedap...

Sunday, April 17, 2011

bestnya

hari nie dapat jumpa kawan baik masa belajar dulu... bawa dia jale-jale.... makan-makan dan borak2...


Thursday, April 14, 2011

makan pulut durian



wou bestnya... sempat masak pulut, makan dengan durian...  beli durian D24 RM12.00 satu kilo.... beli empat biji dah mencecah RM80.00.... tapi tak pe le .. makan punya pasal... sedap sngat durian tu... puas hati la...,

Thursday, April 7, 2011

penawar hati



apakah penawar hati yang paling mujarab bagi insan-insan yang terluka selain kembali kepada kepercayaan kepada Qadha dan qadhar Allah Taala???

Bila dibicarakan hal ini, ada yang berpendapat ianya boleh diterima tetapi pedihnya tetap ada...., kepercayaan yang telah tercalar sukar untuk dipulihkan kembali....,

Tapi orang lelaki nie ada yang jenis tak kisah... "tak pe le dah orang tak sayang... kita duduk menumpang je" pelik kan.... kelakar betul.....

bagi merawat hati-hati yang sakit, kita selalu perlu mengingati mati....., bayangkan seolah-olah nyawa kita dah   berada dihujung tanduk... so kita akan sentiasa merapatkan diri denganNya, solat sunat, berzikir dan memuji Nya, membaca Al-Quran, membuat kebaikan-kebaikan dan sebagainya... tapi jangan pulak tidak menghiraukan urusan-urusan lain, hinggakan keluarga terabai, anak-anak tak terurus....

Dengan kata lain, urusan harian kita makin sibuk, tak de masa nak fikirkan benda-benda lain...., dengan sendirinya kesakitan hati kita tu terubat....,

...... betul ke.....????

Monday, April 4, 2011

maafkan aku

.... antara luahan hati seorang isteri........

asmkm....., selamat pagi.. slam sejhtera..

catatan ini ditujukan khas untuk suamiku..., walaupun ku tahu dia tak baca... kerana dia tak taupun aku ada blog nie.., sekurang-kurangnya aku dapat melepaskan sebak didada...., 

aku mohon keampunan darimu dari hujung rambut sampai hujung kaki..., dari mulai kita kahwin pada penghujung tahun 1999 hingga sekarng..., dah masuk tahun ke 12, dari tak dae anak kepada ada lima anak sekarang nie...

aku telah mengabdikan diriku pada mu sepanjang perkahwinan kita, kita sama-sama susah.... habis belajar terus kahwin... tanpa ada harta peninggalan orang tua...,berdikari... sama-sama bekerja untuk mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga...., sehinggalah ekonomi kita teguh..., dapat miliki rumah sendiri wlpun tak secantik banglow22 zaman kini, ada kereta yang selesa.... dan ada anak perempuan yang cantik ... kerana sebelum nie 3 anakku lelaki.... tapi tiba-tiba hatimu beralih arah .... setelah mengenali bdak yang masih mentah ... tapi agaknya bergetah ... yang boleh menyebabkan suamiku jatuh hati..., tak ingat dunia, lupa pada anak-anak yang ramai......, lupa pada undang-undang....., ...,  lupa pada pengorbananku selama ini........ menyebabkan aku menjadi begitu benci padanya, meluat.... menyampah dll......, bagiku engkau seorang yang tidak mengenang budi, menyakiti hatiku..., tidak menghargaiku.... walaupun aku tahu engkau seorang yang amat baik dalam keluarga......., walaupun engkau telah berkali-kali memohon maaf dari ku, dan aku juga telah memaafkan mu tapi hati ku masih sakit.... terasa dipermainkan... dihina dan maruahku tercalar...mungkin kerana sebelum ini  kami  tak pernah bergaduh, masam muka walapun sehari... tapi tiba2, aku dihadiahkan oleh suamiku dengan hadiah yang bernilai ini....., terkejut teramat sangat...., kerana aku tidak menjangka suamiku sanggup menzalimi perasaanku...

Bagaimana aku nak teruskan hidup bersamamu lagi dengan keadaan ku yang sebegini..., aku dapat menunaikan tgjwab ku dengan baik wlpun tak sempurna..., berbual mesra... jaga makan minum, pakaian, dan segalanya...., tambahan pula didepan ibu ku..., tapi dalam hatiku sering sumpah seranah... maki hamun... kebencian yang meluat-luat...., memang aku amat berdosa... suamiku amat baik... aku yang jahat...., tapi aku tetap dah terluka.... hatiku hancur...,

baiknya suamiku ini, dia tetap memaafkan aku setiap hari.... walaupun aku tak minta maaf... aku tak lagi bersalaman, cium tangan sebelum keluar kerja.......,

Sesungguhnya Ujian yang Allah Taala bagi pada kami ini amat getir, amat menguji ketabahan hati...., menguji keimanan kepadaMu Ya Ilahi..., aku pasrah dengan apa yang berlaku..., redha walapun terluka... hanya kepada Mu aku memohon keampunan.... sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Segala-galanya... Engkau Maha Kaya dan Maha Pengampun..., Engkau berikan pada ku Ujian ini tidak sia-sia.... ada hikmahnya...., aku percaya... suatu masa nanti aku akan dapat jawapannya.....,


......  bersambung lagi........

Kerdil tak halang belajar kemahiran

Oleh Shamsul Kamal Amarudin
bhnews@bharian.com.my
2011/03/28

IPOH: Mohamad Zulkifli Othman, 21, mempunyai ketinggian satu meter, manakala kedua-dua kakinya pendek, beliau bukan saja nampak begitu kerdil tetapi menghadapi kesukaran bergerak pantas dan ketika berjalan, seolah-olah sedang mengheret satu bebanan yang berat.
Namun, kekurangan itu langsung tidak melemahkan semangat anak sulung daripada tiga beradik itu menanam tekad bagi mencipta kejayaan terutama dalam bidang automotif, kemahiran yang digemarinya sejak bersekolah rendah lagi.
Bagi Mohamad Zulkifli, tiada apa yang lebih menggembirakan selain memperoleh sijil kemahiran automotif yang diidamnya selepas berjaya menamatkan pengajian selama dua tahun di Kolej Komuniti Grik.

“Sejak di sekolah lagi saya memang berminat dengan bidang ini dan pernah mengikut kawan membaiki motosikal setiap kali ada masa terluang.

“Jika ada rezeki, saya mahu menjadi mekanik berjaya dan membuka perniagaan sendiri kerana ia adalah cita-cita saya sejak kecil,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Perak di sini, semalam.

Pada majlis itu, 824 menerima sijil masing-masing dalam bidang Automotif, Teknologi Maklumat, Teknologi Elektrik, Pelancongan dan Pengembaraan, Fesyen dan Pakaian, Teknologi Pembuatan Perabot, Fesyen dan Aparel, Multimedia Kreatif (Animasi), Pelukis Pelan Senibina, Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan), Hotel Katering dan Industri Seramik dari lima Kolej Komuniti di Perak.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Perak, Datuk Mohamad Zahir Khalid, menyampaikan sijil berkenaan.

Mohamad Zulkifli yang juga anak penoreh getah berkata, beliau bernasib baik kerana menerima dorongan daripada keluarga serta soko-ngan rakan sekuliah sepanjang mengikuti kuliah di kolej berkenaan.

Menyubur harta pererat persaudaraan menerusi amalan sedekah

2011/04/04 (artikel Berita Harian)

AMALAN bersedekah amat digalakkan Islam, justeru ia mendatangkan manfaat tidak terkira banyaknya kepada orang yang bersedekah dan pihak yang menerima sedekah. Pihak yang menerima pula tidak harus berasa rendah diri kerana itu memang haknya selayaknya diterima seperti ditetapkan Islam.

Amalan ini bukan saja dapat menyucikan harta daripada bahagian yang ditetapkan dalam nisab dan haul zakat, malah dapat mendekatkan diri orang yang bersedekah dengan lebihan hartanya daripada sifat kedekut, bakhil, tamak, terlalu sayangkan harta dan merapatkan hubungan persaudaraan ummah secara umumnya. Sedekah ikhlas kerana Allah SWT akan mengalir manfaatnya secara berterusan dan membawa keberkatan selama hidupnya di dunia.
Allah SWT menegaskan harta disedekahkan bukan kerugian kepada pemiliknya kerana akan digantikan dengan yang lebih baik. Firman-Nya bermaksud: “Dan apa yang kamu nafkahkan di jalan Allah, maka Dia pasti menggantikannya. Dan Dia-lah sebaik-baik pemberi rezeki.” ( Surah Saba, ayat 39)
Menurut Ibrahim bin Muhammad ad-Dabi’i dalam kitabnya, al-Sadaqat wa Atharuha ’ala al-Fard wa al-Mujtama’ (1988), sedekah berasal daripada perkataan al-sidq yang bermaksud jujur dalam perkataan dan perbuatan. Justeru, amalan bersedekah mesti lahir daripada hati yang yakin akan janji Allah, serta dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah SWT.”

Zakat juga dikategorikan sebagai sedekah yang wajib. Menurut Imam al-Asfahani pula dalam kitabnya, Mufradat Alfaz al-Qur’an, sedekah adalah harta yang dikeluarkan seseorang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Memberikan sedekah hukumnya adalah sunat, manakala membayar zakat hukumnya wajib. Namun begitu, zakat yang ditunaikan kepada golongan yang berhak menerimanya juga dapat dikategorikan sebagai sedekah jika diniatkan dengan betul.

Dalam surah al-Taubah ayat 80, Allah SWT menjelaskan lapan golongan berhak menerima zakat iaitu golongan al-fuqara (fakir), al-masakin (miskin), al-amilin alaiha (amil), al-mualafat qulubuhum (yang baru memeluk Islam), al-Riqab (hamba yang tidak mampu memerdekan diri), al-Gharimun (golongan berhutang yang tidak mampu membayarnya), fisabilillah (di jalan Allah iaitu segala keperluan masyarakat seperti pembiayaan perubatan, pendidikan dan memerlukan) dan Ibn al-Sabil (musafir dalam perjalanan, yang dalam kesempitan dan kesusahan).
Alangkah indahnya ajaran Islam yang mewajibkan umatnya menunaikan sedekah yang wajib (zakat) dan sedekah yang sunat. Namun amalan ini mestilah dihindarkan daripada perasaan menunjuk-nunjuk (riak), bangga diri (ujub), takbur dan mengungkit kerana ia akan menghapuskan pahala diperoleh, ibarat mencurah air ke daun keladi. Ketika masyarakat kita dihimpit kenaikan kos sara hidup seharian yang membebankan, maka seharusnya golongan yang diberikan lebihan rezeki dan nikmat oleh Allah SWT berasa terpanggil untuk meringankan kesempitan dialami oleh orang lain. Ingatlah harta yang dimiliki bukanlah hak milik mutlak sendiri semata-mata dan kesemuanya pasti ditanya Allah SWT di Mahsyar nanti mengenai bagaimana cara pemerolehan dan perbelanjaannya. Tanggungjawab sosial ini juga harus disedari pertubuhan, organisasi, yayasan serta pihak berkaitan dalam kerajaan untuk berikhtiar meringankan beban masyarakat kurang berkemampuan.

Antara fadilat bersedekah disebutkan Anas bin Malik RA: “Sesungguhnya sedekah itu memadamkan kemurkaan Allah (SWT), dan menghindarkan (orang bersedekah) daripada kematian yang buruk (su’ al-khatimah)”.

Hadis ini diriwayatkan Imam al-Tirmizi. Ibn al-Qayyim berkata bahawa Baginda Nabi SAW adalah seorang yang paling banyak bersedekah, tidak kira dalam keadaannya hartanya banyak ataupun sedikit, serta tidak pernah berasa khuatir akan jatuh miskin kerana bersedekah.

Maka, seharusnya kita mencontohi akhlak dan amalan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Bantulah mereka yang memerlukan sekadar termampu dengan harta, tenaga dan apa juga cara yang boleh memberikan manfaat kepada penerimanya.

Penulis ialah pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Sunday, April 3, 2011

Betul ke...

aku tak tau le tindakan nie betul ataupun salah... tapi aku telah nekad untuk mengambil keputusan ini...
sekali kupandang wajah anak-anaku yang masih kecil.. aku sayu..., tapi bila mengenangkan sikap suami yang tak mengenang budi..  aku jadi menyampah... benci.. dan meluat... rasanya  lebih baik aku hidup dengan anak-anak tanpa nya disisi... aku perlu belajar berdikari, urus anak-anak sendirian...

sekarang nie... keluarga dah ramai yang tau masalah kami... cuma ibu ku sahaja yang tak tau... aku tak sampai hati nak bagitau... nanati ibuku susah hati..., aku nie memang tak suka buat ibu ku susah hati... nanti dia banyak mikir, tak dapat tidur malam,  darah naik, tambahan pula sekarang nie aku tengok ibu ku amat bahagia..., tak snggup aku nak lihat dia kembali susah hati... berdosa ke aku... aku tak de niat nak membelakangkan ibu ku... cuma niatku satu saja... tak mau di susah hati kerana masalah aku....., biarlah segalanya ku tanggung sendirian..., aku perlu menjadi wanita yang tabah..