Wednesday, February 9, 2011

masa kecik22

Teringat masa kecik2 dulu..., aku dibesarkan di pendalaman... jauh dari bandar,  ibubapaku orang kampung je..., kais pagi makan pagi, kais petang makan petang... susahnya kehidupan kami masa tu...., tinggal di pondok usang, beratapkan nipah berdindingkan dan berlantaikan buluh, tapi cukup bahagia. Aku mendapat kasih sayang sepenuhnya dari ibu bapa. Pagi sekolah, petang tolong ibubapa, mandi sungai dan memancing... itulah kerjaku.....Seronoknya... teringin kembali ke zaman itu... hati riang, tiada keluh kesah...walaupun kehidupan dihimpit kesusahan...

Ayahku amat menitikberatkan pelajaran.. katanya; hanya ilmu yang mampu merubah kehidupan kita sekeluarga... kalau tak belajar, kita akan terus berada macam nie.... susah...., dihina orang.....,

Aku nekad untuk belajar bersungguh-sungguh... sekolahku  jauh..., berjalan kaki hampir 2 km setiap hari..., menyeberangi sungai dengan rakit buluh buatan ayahku..., merentasi jalan berselut merah ketika hujan...merentasi denai-denai.... melintasi jambatan keretapi dan barulah sampai ke sekolah...., jauhnya... kalau budak2 sekarang tak larat nak jalan..... I


Setiap hari ibu atau ayahku akan menghantarku sehingga melepasi jambatan keretapi... bimbang jika bertembung dengan keretapi semasa diatas jambatan..., maklumlah aku nie kecik... beg sekolah berat...,
Terima kasih ma dan ayah... jasa kalian tidak terbalas..., setiap kali mendengar lagu dikir barat halim yazid (asal-usul) air mata akan mengalir...., kenangan itu akan menjelma.....

Aku cukup bangga bersekolah disitu, walaupun di pendalaman, cikgu2nya amat ikhlas mengajar kami, siang malam ada tuition, walaupun masa tu cikgu2 tak dibayar pun, mereka mendidik kami dengan tekun, rajin dan bersungguh22... Akhirnya aku berjaya dalam penilaian darajah 5..., amat membanggakan...., budak kampung mampu meraih keputusan 4A 1B masa tu..., ibubapaku amat gembira... walaupun belajar tanpa elektrik, bermandikan air sungai...aku  mampu berjaya....

Terima kasih ma, ayah dan cikgu222..... 


 

No comments:

Post a Comment