Sunday, February 27, 2011

sibukkkk

lamanya tak update blog nie... sibuk sokmo... tak sempat nak menulis..., selamat berjumpa  kembali.. Alhamdulillah, keadaan menjadi semakin pulih..., kira ok la..., aku dapat menjalankan tugasku dengan baik... sesungguhnya hikmah Allah Taala itu amat Besar, tidak terjangkau dek mata kasar.... Alhamdulillah, aku mampu menghadapi ujian ini dengan penuh ketabahan... walaupun kekadang aku melatah... marah... benci dan geram.... Manusia katakan... tak bisa melawan nafsu....

Thursday, February 10, 2011

tak sempat

Hari nie agak sibuk, tak sempat nak coretkan sesuatu pada blog nie...., dah nak balik nie..., so far ok lah... , dapat meneruskan kehidupan dengan baikk..., nak sambung cerita pun tak sempat...., nanti la, kalau ada masa dan kelapangan....

Dulu22, ada le minat kat seseorang tu... cute le..., tak berani nak cakap pun...., kalau mamat tu lalu depan kita orang..., member aku tu selalu usik.....  aku suka tgok muka dia...cute la...., sampai ke sekarang nie pun aku suka gak kat mamat tu...., tapi kita dah ade keluarga masing...2, dah bawa haluan sendiri..., suka sekadar minat je le...., bukannya ade ape2....,

Wednesday, February 9, 2011

poligami

Poligami..... satu keperluan / nafsu / apa?????...Adakah poligami satu kebaikan pada keluarga yang masih mempunyai anak2 yang masih kecil dan taraf ekonomi keluarga yang sederhana ??/... kenapa wanita mendapat ganjaran payung emas jika suami berpoligami??? Dimanakah tempat suami jika isteri mendapat payung emas??? Kenapa jika berpoligami sering dikatakan takdir..../ qadha n qadhar Allah taala... tapi jika kemalangan dll sebaliknya..... Kenapa lelaki tidak memilih untuk melanggar lori atau bas secara sukarela dan katakan itulah Qadha dan Qadhar Allah padanya tapi jika poligami secara sukarela..... Itulah suratan Takdir, qadha n qadhar.... ????

Adakah poligami zaman sekarang termasuk dalam perkara bida'ah (iaitu perkara yang tidak dilakukan pada zaman  Rasulullah SAW)...., Rasulullah SAW berpoligami selepas kewafatan isteri pertama baginda... dan anak2 baginda semuanya telah besar...., sedangkan poligami zaman sekarang......, (masing2 tau kan), kebanyakannya isteri pertama masih ada... banyak jasa pada suami.....,  isteri yang sama2 menanggung keluarga dari awal perkahwinan hingga agak senang / mewah... tiba2 suami kahwin lain dan tau pulak bagi nafkah (kesenangan) pada isteri baru........sedangkan pada isteri pertama .......,  Adakah itu ikut sunnahhhh ???/  adakah adil???/  adakah salah jika isteri tidak redha .... berdosa ke ???? ...sampai bila seseorang isteri boleh redha pada seorang suami....,???

Jika difikirkan, memang wajar isteri mendapat payung emas dan mendapat balasan syurga kerana kesusahan yang ditanggung ekoran dari sikap suaminya....., tapi suami??// Dimana tempatnya...... adakah hanya untuk keseronakan dunia semata222, sedangkan akhirat......???

Persoalan ini sering bermain difikiran.... berdosa ke aku??/   Adakah berdosa jika seseorang isteri tidak menerima poligami jika perkara222 seperti itu diambil kira dan syarat2 berpoligami tidak ade....., suami hanya suka2 untuk berpoligami... anak dah ada, isteri sihat.... keluarga bahagia...., ekonomi keluarga secara bersama...., adakah salah jika isteri rasa tidak dihargai dan dizalimi dan menfaikan perceraian dan tidak dapat  menerima situasi ini???? .... siapa yang pentingkan diri sendiri.... suami / isteri??? siapa yang menyebabkan anak2 menjadi mangsa..../ siapa yang ego???/ 

masa kecik22

Teringat masa kecik2 dulu..., aku dibesarkan di pendalaman... jauh dari bandar,  ibubapaku orang kampung je..., kais pagi makan pagi, kais petang makan petang... susahnya kehidupan kami masa tu...., tinggal di pondok usang, beratapkan nipah berdindingkan dan berlantaikan buluh, tapi cukup bahagia. Aku mendapat kasih sayang sepenuhnya dari ibu bapa. Pagi sekolah, petang tolong ibubapa, mandi sungai dan memancing... itulah kerjaku.....Seronoknya... teringin kembali ke zaman itu... hati riang, tiada keluh kesah...walaupun kehidupan dihimpit kesusahan...

Ayahku amat menitikberatkan pelajaran.. katanya; hanya ilmu yang mampu merubah kehidupan kita sekeluarga... kalau tak belajar, kita akan terus berada macam nie.... susah...., dihina orang.....,

Aku nekad untuk belajar bersungguh-sungguh... sekolahku  jauh..., berjalan kaki hampir 2 km setiap hari..., menyeberangi sungai dengan rakit buluh buatan ayahku..., merentasi jalan berselut merah ketika hujan...merentasi denai-denai.... melintasi jambatan keretapi dan barulah sampai ke sekolah...., jauhnya... kalau budak2 sekarang tak larat nak jalan..... I


Setiap hari ibu atau ayahku akan menghantarku sehingga melepasi jambatan keretapi... bimbang jika bertembung dengan keretapi semasa diatas jambatan..., maklumlah aku nie kecik... beg sekolah berat...,
Terima kasih ma dan ayah... jasa kalian tidak terbalas..., setiap kali mendengar lagu dikir barat halim yazid (asal-usul) air mata akan mengalir...., kenangan itu akan menjelma.....

Aku cukup bangga bersekolah disitu, walaupun di pendalaman, cikgu2nya amat ikhlas mengajar kami, siang malam ada tuition, walaupun masa tu cikgu2 tak dibayar pun, mereka mendidik kami dengan tekun, rajin dan bersungguh22... Akhirnya aku berjaya dalam penilaian darajah 5..., amat membanggakan...., budak kampung mampu meraih keputusan 4A 1B masa tu..., ibubapaku amat gembira... walaupun belajar tanpa elektrik, bermandikan air sungai...aku  mampu berjaya....

Terima kasih ma, ayah dan cikgu222..... 


 

Tuesday, February 8, 2011

Assalamualaikumm...., selamat sejahtera semua....,


Alhamdulillah, aku masih lagi dapat meneruskan sisa-sisa hidup ini dengan baik..., dapat lagi menghirup udara nyaman kurniaan Ilahi..., menjalankan tugasan seharian dengan sempurna....

Aku bukanlah seorang pujangga yang bisa menitipkan bicara indah, hanya sekadar manusia biasa... , yang tak reti nak memulakan bicara...,

hari rasa tak berapa ok... tension, malas nak kerja, rasa nak berhenti kerja je..., dok kat rumah... lepak22, makan2 dan rehat22.... Aku rasa macam putus asa... tak taulah kenapa..., Mungkin aku nie jenis orang yang tak sabar dan kurang beriman.... Sesungguhnya amat kerdil diri ini....

Ujian dari Allah Ta'ala amat gentir untuk kuhadapi pada kali ini..., tak tau lah kenapa...., saat-saat aku mendekatkan diri padaNya, aku akan diuji...., menyebabkan aku seolah-olah ingin menjauhkan diri dariNya...., berdosanya seorang aku....,


Namun begitu aku bersyukur padaNya kerana masih memberikan kekuatan, ketabahan dan kecekalan hati kepadaku....., aku kian mendampingiMu, memohon rahmat dan belas kasihanNya agar aku menjadi insan yang tabah....,
 

Monday, February 7, 2011

salam perkenalan.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

first time buat blog nie, baru belajar...., tujuannya ialah untuk berkongsi rasa dan meluahkan perasaan, kekadang kita sebagai manusia biasa sering mengalami tekanan, tension dan sebagainya......, nak luahkan pada orang lain... bimbang rahsia akan bocor, riuh sekampung jadinya... atau perkara yang kecil jadi besar.. .

Bila fikir2, rasanya luahan melalui tulisan adalah cara yang terbaik...., tak de saper kenal kita..., ada orang yang akan bagi pandangan dan nasihat, serta kita dapat meluahkan perasaan kita tanpa segan silu..., nak nangis pun tak de org nampak... tak malu le...

So.. harapannya, kalu ade apa2 teguran, cadangan dan komentar bolehlah kengkawan ajukan  untuk penambahbaikan... maklumlah manusia biasa... sering kali melakukan kesilapan...

Ok... jumpa lagi.... banyak lagi kisah22 yang akan dikongsi disini...,