Oleh Shamsul Kamal Amarudin
bhnews@bharian.com.my
2011/03/28
IPOH: Mohamad Zulkifli Othman, 21, mempunyai ketinggian satu meter, manakala kedua-dua kakinya pendek, beliau bukan saja nampak begitu kerdil tetapi menghadapi kesukaran bergerak pantas dan ketika berjalan, seolah-olah sedang mengheret satu bebanan yang berat. “Sejak di sekolah lagi saya memang berminat dengan bidang ini dan pernah mengikut kawan membaiki motosikal setiap kali ada masa terluang.
“Jika ada rezeki, saya mahu menjadi mekanik berjaya dan membuka perniagaan sendiri kerana ia adalah cita-cita saya sejak kecil,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Perak di sini, semalam.
Pada majlis itu, 824 menerima sijil masing-masing dalam bidang Automotif, Teknologi Maklumat, Teknologi Elektrik, Pelancongan dan Pengembaraan, Fesyen dan Pakaian, Teknologi Pembuatan Perabot, Fesyen dan Aparel, Multimedia Kreatif (Animasi), Pelukis Pelan Senibina, Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan), Hotel Katering dan Industri Seramik dari lima Kolej Komuniti di Perak.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Perak, Datuk Mohamad Zahir Khalid, menyampaikan sijil berkenaan.
Mohamad Zulkifli yang juga anak penoreh getah berkata, beliau bernasib baik kerana menerima dorongan daripada keluarga serta soko-ngan rakan sekuliah sepanjang mengikuti kuliah di kolej berkenaan.
alangkah bagusnya kalau semua rakyat malaysia mempunyai kesungguhan seperti adik Mohamed...
ReplyDelete